Wednesday, 24 April 2013

Extra Happy


Mood pagi ni extra happy macam baru dapat cincin emas rantai emas gelang emas gigi emas! eh. 

*:) happy *&gt;:D< big hug
 
Ni semua sebab terjaga pagi tadi jam 430 pagi, rasa cukup tidur dan rasa tidur yang sangat berkualiti padahal tidur tak awal mana pun, jam 10 kalau tak silap... Siap bangun pagi tadi sempat lipat baju yang bertimbun dalam bakul, jahit kain kurung yang ada koyak sikit sebab iron panas sgt, siapkan beg baju QZ ke skool, basuh botol2 susu yang x berapa banyak, iron baju untuk arini.. Masuk azan je terus solat subuh, mandi jam 610 pagi... So semua awal...
 
Q bgn pun x liat. Q bgn terus mandi dengan abah n M. Tak lama lepas tu Z pulak bgn, mood pun happy je... Mandi jugak dgn abah... Bila turn aku ni? *:-? thinking  *:P tongue
 
Aku gerak ke opis pun awal, dapat parking depan opis yang meter parking dah hilang. Jimat duit syiling dan jimat peluh jalan jauh2 parking tempat biasa yang meter pun rosak jugak.
 
Hopefully client yang dtg hari ni tak ramai so boleh jawab segala surat yang ada atas meja, boleh siapkan laporan yang perlu dan hopefully client yang datang x bawa masalah besar sebab aku tak nak fikir masalah kau.
 
Semalam Baith datang opis aku jam 630 petang dengan Q n M. Laju je M usik sana sini. Memang sgt tak sesuai utk bawa budak2 ni ke opis. 
 
Ok lah, tak banyak nak cerita pulak. Dh jam 8 pagi, so nak habiskan sarapan ni, dan mula buat kerja....
 
*bolehtakakumacambarurasanikmatkerja! *=)) rolling on the floor  

Tuesday, 9 April 2013

Dash dash dumn damnnnnnnn

Ada benda nak cerita tapi tak dan....

Now kerap stress dengan kerja... Bila balik cuba untuk kawal, kadang tak terkawal sebab QZ.. Kena banyakkan bersabar dan ..............

11 April ni aku pergi kursus Pengurusan Stress di LPPKN... Sesuai untuk aku di kala ini.....

Macam nak buat sesuatu utk hilangkan stress tapi tak berkemampuan pulak... Tak sedar diri sungguh!! Ingat Tuhan je dah cukup sebenarnya...

Ok, nak g mentekedarah sekarang... Tepat 2pm kena standby kat meja kot-kot client datang nak jumpa, kalau kantoi lewat tak pasal je dapat aduan....

Wednesday, 27 March 2013

Serah Tugas


Aiyoooo manyak bizi wooooo....

Starting form 1st April, aku dengan rasminya bertukar Unit.... Pergi ke Unit yang tadbir fail dan jumpa ORANG... 

So Jumaat ni kene buat Nota Serah Tugas kepada Pegawai baru yang masuk Unit lama aku.. Pening kepala nak menyetelkan kerja2 tertunggak sebelum Jumaat, kalau tak siap jugak, kerja2 tertunggak akan jadi kembar aku... Waaaaaaaaaaa, mati lahhhhhh....

Kerja tertunggak tak banyak tp yang tinggal tu semua susah2 belaka, tahap dewa punya susah, sebab tu lah tertunggak!!!

Lepas ni tak de dah masa2 senggang nak tgk blog, nak tgk blog-shop, nak reply wasap dan-dan tu jugak... Panggilan phone pun boleh jadi miskol... Balik mungkin lewat jugak... Aku tinjau punch-card yg 1 unit aku ni, diorang balik jam 630 ke atas, ada yang balik jam 8 malam!! Waaaaaa manyaknye kerja!! Lambek la aku kena balik...



Ok, penamaan calon sok aku bertugas! Huhuhuhu... Jauh dari rumah lak tu, bukan di Seremban tapi salah satu daerah di N9.... Baith pun kena bertugas jugak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...